Friday, 31 May 2013

KeK AiSkRiM KiWi Si BaLdU HiJaU

Salam Jumaat!!! hari ni nk kasi perkongsian terbaru iaitu resepi KEK AISKRIM KIWI SI BALDU HIJAU.
bahagian untuk kek, resepi sama dengan RED VELVET CAKE, saje je tukar jadi hujau. haha
                        

barang wajib : aiskrim kiwi... 

KEK:
bahan A:
250g tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1tsp baking powder
1/2tsp garam
2tsp cocoa powder

bahan B:
240ml buttermilk
2tbsp pewarna hijau
*kalau xjumpa buttermilk dkt kedai, boleh campurkan susu segar 240ml dan cuka 1tsp. Biar sebati sehingga 10 minit.

bahan C:
113g butter *suhu bilik
300g gula kastor
2 biji telur 
1tsp esen vanilla 

bahan D: 
1tsp cuka masakan
1tsp baking soda

topping : cream cheese frosting
454g cream cheese *biasa guna Tatura
1tsp jus lemon
1cawan gula aising
360ml whipped cream

cara - cara:
1) pukul butter sehingga kembang.
2) masukkan gula kastor dan pukul lagi selama 3 minit atau lebih. 
3) sebelum masukkan telur, KASI CUCI LAAA... haha. masukkan telur satu per satu. contohnye, pecah telur sebiji, pukul dalam 2 minit. dah tu pecahkan lagi sebiji, pukul lagi dalam masa 3 minit. *ade paham ka???
4) masukkan esen vanilla.

5) masukkan bahan A dengan bahan B secara berselang seli.*mulakan dengan tepung, diakhiri dengan tepung juga.
6) dalam bekas lain, campurkan cuka dan baking soda, tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. 
7) campurkan, kacau sehingga sebati.

*bakar : 30 minit, suhu 175 darjah celcius. 
tapi aku buat versi kukus, lebih kurang 40 - 45 minit. 

cara - cara untuk frosting
1) pukul cream cheese, dah masukkan gula ising dan jus lemon.
2) dalam bekas berasingan, pukul whipped cream sehingga kembang.
3) satukan adunan whipped cream dengan adunan cheese, pukul sehingga sebati.
*kalau nk senang d bentukkan, simpan dalam chiller sekejap k.

ini dia hasilnya...

lepas sejuk, kasi potong~ *aku potong dapat 3 keping. 

lepas tu, ambik 1 keping kek, letak bahagian bawah. *jadi base.

kasi aiskrim kiwi cair sikit, jangan sampai tahap cair 100%, tak dapek den nok nulong nyo..
  lepas tu, letak lagi 1 keping kek, tekan sikit, bagi aiskrim padat.

ni dia!!! da siap make up! *sorry x sempat nak ambk gmba lepas kluarkan kek dari acuan.

boleh tahan gak. harharhar...

Thursday, 23 May 2013

BuTtEr ChEeSe CaKe...

tempahan VS kuliah...  Betul2 xcukup tidur... mesti kena pandai atur masa, kalau takkkkk.... PENG! 
aku nak share resepi BUTTER CHEESE CAKE... hari tu, ustazah dekat kolej aku tempah kek, (btol2 speechless mase tu) hahaha.. resepi ni mak aku yang tolong dapatkan dari cikgu sekolah. kuikuikui. . .

inilah dia... 

bahan2: 
200g butter
200g cream cheese
180g gula kastor
5 biji telur *kasi pukul sikit
200g tepung naik sendiri (klau xde, msuk tepung gandum+baking powder, ayak sekali)
1 sudu makan serbuk koko *kalau xnak xpe.

bahan2 untuk krim:
227g cream cheese
180g whipping cream
1tsp esen vanila
1/2 cup gula ising 

cara2:
 1) pukul butter bersama gula, masukkan cream cheese dan sambung pukul sampai warna bertukar putih.

 2) masukkan telur dan tepung sehingga sebati.
3) klau nk ada warna lain, msukkan sedikit serbuk koko ke dalam suku adunan... *suku je tau...

 4) lepas tu, tuangkan ke dalam loyang, aku buat ni versi kukus. kalau nk bakar, dalam suhu 180C, 40 minit.

 inilah hasil selepas dikukus...

untuk cream, pukul cream cheese+gula+esen vanila sehingga kembang.
masukkan whipping cream yang sudah dipukul terlebih dahulu... *beat dulu, baru satukan dengan cream cheese.
bila dah nampak sebati, STOP BEAT. dah tu hias la ikut kreativiti anda. hahaha...
*bahagian atas aku tabur dengan keju cheddar. 
Wasalam...

Sunday, 5 May 2013

Jeli Kelapa Muda

Pejam celik pejam celik da habis PRU, sape2 yang menang tu tahniah,
 yang kurang bernasib baik lain kali cube la lagi. hehe. 
ni, kasi sejuk sikit keadaan dengan jeli kelapa muda. 
LAGI MUDAH, LAGI LEMBUT, LAGI SEGAR...  
FUHHH.... 


 Bahan - bahan:
2 biji kelapa muda
3000ml air kelapa muda beserta air biasa
200gm gula
250gm serbuk jeli kelapa

cara - cara:
1) panaskan air kelapa muda sehingga mendidih.

 2) lepas tu, masukkan isi kelapa, gula dan sebuk jeli kelapa.



 >>>>>> ini dia sebuk jeli tu.
 isi kelapa ni aku potong kecik2. senang nak makan karang.

 ini la hasilnya lepas masak.
biar sejuk sekejap, boleh la masukkan ke dalam bekas.

selamat menyejukkan diri... :))