Assalamualaikum... ni nak cite, sementara tunggu masa nak turun ke kelas, sempat la juga buah kek. kelas pulak waktu petang, sempat le pagi tu buah semua nih. hehehe... MASA ITU EMAS.
sumber : myresipi
Bahan-bahan ( 6 orang )
- 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
- 100 gram gula halus
- 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
- 60 gram tepung jagung (maizena)
- 50 gram air sejuk (dr peti ais)
- 1 sudu teh baking powder
- 2 sudu makan ovelet
- 75 gram mentega (dicairkan)
- UNTUK KRIM
- 1 kotak cream cheese philadelphia*aku guna tatura
- 1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
- UTK TOPPING
- 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara-cara
1) Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar.2) Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi. Sehingga sebati & pekat.
4) Aku kukus lebih kurang dalam 45 minit. kalau nk bakar, bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
sayangnya, tinggi sebelah... alahai...
tatura dan susu pekat manis
>>> hasil krim selepas dipukul...
6) Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7) Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
8) Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
boleh tahan gak ea. hahaha
tak menyempat2. lepas siap make - up, terus potong. :P
selamat mencuba!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKak orchid bila lagi nak jual kek salji ni?
ReplyDeletehahaha... nk beli? jualan untuk raya. :)
ReplyDeleteberape kak?
ReplyDeletekalau 8x8 jual rm45
ReplyDelete