Thursday, 23 May 2013

BuTtEr ChEeSe CaKe...

tempahan VS kuliah...  Betul2 xcukup tidur... mesti kena pandai atur masa, kalau takkkkk.... PENG! 
aku nak share resepi BUTTER CHEESE CAKE... hari tu, ustazah dekat kolej aku tempah kek, (btol2 speechless mase tu) hahaha.. resepi ni mak aku yang tolong dapatkan dari cikgu sekolah. kuikuikui. . .

inilah dia... 

bahan2: 
200g butter
200g cream cheese
180g gula kastor
5 biji telur *kasi pukul sikit
200g tepung naik sendiri (klau xde, msuk tepung gandum+baking powder, ayak sekali)
1 sudu makan serbuk koko *kalau xnak xpe.

bahan2 untuk krim:
227g cream cheese
180g whipping cream
1tsp esen vanila
1/2 cup gula ising 

cara2:
 1) pukul butter bersama gula, masukkan cream cheese dan sambung pukul sampai warna bertukar putih.

 2) masukkan telur dan tepung sehingga sebati.
3) klau nk ada warna lain, msukkan sedikit serbuk koko ke dalam suku adunan... *suku je tau...

 4) lepas tu, tuangkan ke dalam loyang, aku buat ni versi kukus. kalau nk bakar, dalam suhu 180C, 40 minit.

 inilah hasil selepas dikukus...

untuk cream, pukul cream cheese+gula+esen vanila sehingga kembang.
masukkan whipping cream yang sudah dipukul terlebih dahulu... *beat dulu, baru satukan dengan cream cheese.
bila dah nampak sebati, STOP BEAT. dah tu hias la ikut kreativiti anda. hahaha...
*bahagian atas aku tabur dengan keju cheddar. 
Wasalam...

No comments:

Post a Comment