Thursday, 26 September 2013

AiSkRim PiSaNg... Banana Ice-cream

Kasi layan sat aiskrim pisang nih. bahan cume 1, pisang. kenape? xpercaye ke? percayalah bak kata Dato Siti Nurhaliza. hehehe.pisang macam - macam jenis ade, terpulang la nak guna pisang ape pon. kalau xsilap aku, aku guna pisang embun.

mula2, pisang tu korang letak dalam freezer,( peti sejuk beku) 1 malam.
dahtu, kisar sampai hancur. ala - ala ice blended gitu. jadi la aiskrim pisang. huhuhu.
lepas kisar, simpan dalam freezer nak kasi die keras sikit, kalau tak ni lah jadinye. xmenyempat! hahaha

sumber: dari Masterclass: Masterchef Australia 2012 :)



AiSkRiM GorEnG (senang gile)


tengah panas - panas macam nih memang layan la kalau makan benda2 yang sejuk. kan? jadi aku buat la aiskrim goreng. SENANG, MUDAH, XBANYAK BAHAN.
semalam aku buat 4 bijik je, memang xpuas. kalau aku tau, aku buat banyak2. huhuhu

bahan - bahan:
1) roti bantal
2) aiskrim (perisa ikut korang suka)
3) minyak masak untuk mengoreng

cara - cara:
1) ambik acuan untuk buat karipap, kalau xda xpe.*kalau korang xtau rupa die, tnye aji google. hehe
2) tekan roti sampai leper, letak dekat acuan karipap tu tadi, tengah die letak aiskrim. 
3) dah tu, tekan sampai sisi roti tak terbuka. simpan dalam peti sejuk beku sampai aiskrim tu keras.
4) bila dah keras, kita goreng sampai warna bertukar kekuningan. 
 

 memang keluar air liur tengok nih.
pergh! selamat mencuba!!!

Sunday, 8 September 2013

Kuih AnG Koo aka KuRa-KuRa...

Ape yang korang tau pasal kuih ni? yang aku tau, kuih ni sedap. hahahaha... LOL
Selalunya aku cari inti die kacang hijau, kebanyakkannya die orang jual inti kacang dhal. Apa boleh buat...
Jadi aku ambik inisiatif aku buat sendiri. 

SUMBER: aku lupe pulak tuan empunya resepi... huhuhu... ampun beribu2 ampun..

                                     

Bahan (inti kacang hijau) 
250gm kacang hijau yang xde kulit punye. (rendam semalaman/xnk rendam pon boleh)
70ml air
4 helai daun pandan
1 cawan gula

Cara:
1) Rebus kacang sehingga betul2 lembut.
2) Kisar kacang sehingga penjadi pes.
3) Satukan gula, daun pandan dan air. Panaskan sehingga gula larut.
4) Masukkan pes kacang hijau dan gaul sehingga air meresap masuk dah inti boleh dibentuk macam di bawah. 


Bahan (untuk kulit)
200gm keledek (rebuskan)
300gm tepung pulut
1/2 sudu makan tepung ubi
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan gula pasir
160ml air
2 helai daun pandan
daun pisang
minyak (untuk sapuan atas kuih lepas di kukus)

Cara:
1) kasi lenyek itu keledek sampai dah xade ketul2.
2) bekas yang lain, masukkan gula, minyak, air dan daun pandan sehingga gula larut. sejukkan sehingga suam.
3) satukan tepung pulut, tepung ubi dan keledek. gaul sebati.
4) masukkan air sikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
5) letak pewarna, terpulang korang nak warna ape pon. warna warni pon boleh. haha
6) leperkan doh, letak inti dan bulatkan. tekan dekat acuan. *sebelum tu sapu minyak dekat acuan.
7) lepas tu letak atas daun pisang. 
8) kukus dalam 10 minit or sampai masak. lepas masak, sapu sedikit minyak supaya nampak basah.

*TOLONG JANGAN GUNA KERTAS MINYAK SEBAGAI PENGANTI DAUN PISANG. AMARAN KERAS. hahaha. kalau nak jugak guna, korang tau la ape jadi. sebab hari tu aku buat guna kertas minyak. menyesal tahap gaban!


ni yang dah siap... huhuhu. sedap gileeeee.... 

Friday, 6 September 2013

KeRaBu RuMpAi LauT..!!!

Assalamualaikum... kalau sebut pasal rumpai laut, mesti semua tau yang rumpai laut banyak khasiat. kan? kan? kan? tak gitu? hahaha. maklumat ni aku dapat daripada Uncle Google... hehehe.

Antara khasiat dan fakta menarik berkenaan rumpai laut yang perlu anda tahu
1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre(kelenjar thyroid membengkak).
2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
3. Kenapa sifat alkaline dalam rumpai laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, rumpai laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
6. Beberapa jenis rumpai laut bertindak sebagai ejen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
7. Ekstrak rumpai laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
8. Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
9. Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.
10. Rumpai laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas hidrogen sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit.

korang da taukan kan kan??? sekarang ni aku nk kongsi resepi yang maid aku buat. kerabu rumpai laut... agagagaga... :P

BAHAN:
Bawang merah - 4 biji (potong ikut suka)
bawang putih - 3 ulas (potongan ikut hati dan perasaan) hahaha
cili merah - potong memanjang
limau kasturi - 25 biji (terpulang ikut kemasaman yang korang suka)
kacang tanah - 2  sudu makan (blend jgn sampai halus)
rumpai laut - 100gm (rendam semalaman)
garam + ajinamoto+gula = jangan lupe ye...

CARA:
1) satukan semua bahan-bahan, da siapppp... sekejap je kan? kah kah kah...
kalau nak lagi sedap, simpan dalam peti sejuk dulu.

selamat mencuba, merasa, membuat dan segala "me"... :P