Wednesday, 28 August 2013

IkAn TiLaPiA GoReNg MaNggA... YummY...

Assalamualaikum... lame da tak mencoteng dekat blog ni ha. berhabuk da. fuh fuh... huhuhu...
Pada malam yang cukup indah ni cewah, aku nak kongsi menu yang famili aku makan malam ni. 
CUKUP SPESIAL... 
Ikan Tilapia Goreng Mangga. ikan ni boleh jugak kalau nak guna ikan lain. *contohnya ikan kerapu.

MEMANG SEDAP!!! (tengok tu, semua huruf beso) setaraf dengan hotel tau. hahaha. 


BAHAN - BAHAN:
1 ekor ikan talapia merah (terpulang nak guna ikan apa)
garam secukupnya
serbuk kunyit (kalau nak kasi warna sikit, boleh la letak)
tepung gandum (secukupnya)

Bahan Untuk Sos:
20 biji air limau kasturi
1cm halia (potong memanjang/julienne) 
3 ulas bawang putih (dadu)
1 labu bawang besar (julienne)
2 biji cili merah (julienne)
1 biji mangga (julienne)
*tepung jagung (agen pemekat)
garam dan gula secukup rasa

CARA -CARA:
1) Selepas ikan dibersihkan, sapukan dengan garam, kunyit dan tepung gamdum sehingga menutupi ikan tersebut.

2) Goreng sehingga warna keemasan / kekuningan)


SOS: 
1) Satukan semua bahan kecuali buah mangga sehingga mendidih.
2) Masukkan sedikit tepung jagung nak kasi kuah die pekat sikit.Lepas tu masukkan garam dan gula.
3) Akhir sekali masukkan buah mangga. Jangan sampai "over cooked". 


4) Da tu, tuang ke atas ikan yang dah digoreng tadi.  


SEDAPPP NYEEE.... 






Monday, 5 August 2013

Kek BroWnIeS KUkUs KeJu

Assalamualaikum... sorry lambat nak update blog.. bz sikit. hehehe... ni resepi kek brownies kukus keju. sumber : majalah Alaf 21. gempak gile resepi die. semua best -  best.

Bahan Kek:
200gm gula kastor
130gm tepung gandum
50gm serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
170gm minyak masak
120gm coklat masakan (dicairkan)
50gm susu krimer manis
10gm ovalette
5 biji telur gred A
1/2 sudu teh coklat emulco
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan Keju:

500gm krim keju
130gm gula kastor
4 biji telur gred A

Cara - cara:
1) sediakan pengukus dan isikan air 1/4 penuh. jerangkan hingga mendidih. Griskan acuan 4 segi berukuran 8 x 8 inci. Lapik dengan kertas serap minyak.

2) Masak coklat masakan secara double boiler. Apabila cair, masukkan minyak masak dan digaul sebati. sejukkan.

3) Satukan telur, gula, dan ovalette dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu selama 10 minit.

4) Masukkan tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik sedikit demi sedikit dikacau berselang seli dengan adunan coklat masakan tadi.

5) Kemudian masukkan masukkan susu krimer manis, emulco coklat dan esen vanila. gaul hingga sebati.

6) Tuang adunan ke dalam acuan. Kukus selama 20 minit hingga masak.

Kek Keju:
1) Pukul krim keju dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.

2) Tuang adunan krim keju atas kek coklat yang sudah masak tadi. tutup acuan kek dengan kertas aluminium atas kain nipis supaya air wap tidak menitik. Kukus semula selama 30 minit. Gunakan api besar.

YEAH!!! DA SIAP! ready nak hidangkan untuk raye!!!

Saturday, 3 August 2013

KeK KelASi MaBuK...

Pejam celik - pejam celik da tinggal beberapa hari lagi nak puasa. xlame lagi da RAYA... yeah!!! ni nak kasi share fasal resepi kek kelasi mabuk. kawan2 da bising nakkan resepi. sorry ye, bz sikit. hehehe...
resepi ni dari mane ntah kakak aku ambik. huhuhu... mohon ampun tuan empunya resepi... kuikuikui...

kek ni xadela sampai memabukkan. name je MENGANCAM... :p


Bahan-bahan : 


• 450g mentega berkualiti tinggi 
• 200 gm horlicks 
• 14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan) 
• 1 gelas gula (150g) 
 • 1-1/2 gelas tepung gandum (150g) 
• 2 sudu teh esen vanilla 
• 1 botol pandan paste 

Caranya Adunan Hijau: 
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masuk butter, pukul hingga putih. 
3. Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste. 
4. Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau. 
5. Bahagikan kepada dua bahagian. 

Adunan Putih: 
• 8 biji putih telur 
• 10 sudu besar gula halus 
• 4 sudu teh tepung gandum 
• 6 biji limau kasturi

Cara: 
1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah). 
2. Masukkan tepung. 
3. Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata. 


Cara Mengukusnya: 
1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam. 
2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam. 
3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit. 
4. Guna acuan 9x9inci. Note: Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik


Alhamdulillah... siap! :)) selamat mencuba...