Wednesday, 28 August 2013

IkAn TiLaPiA GoReNg MaNggA... YummY...

Assalamualaikum... lame da tak mencoteng dekat blog ni ha. berhabuk da. fuh fuh... huhuhu...
Pada malam yang cukup indah ni cewah, aku nak kongsi menu yang famili aku makan malam ni. 
CUKUP SPESIAL... 
Ikan Tilapia Goreng Mangga. ikan ni boleh jugak kalau nak guna ikan lain. *contohnya ikan kerapu.

MEMANG SEDAP!!! (tengok tu, semua huruf beso) setaraf dengan hotel tau. hahaha. 


BAHAN - BAHAN:
1 ekor ikan talapia merah (terpulang nak guna ikan apa)
garam secukupnya
serbuk kunyit (kalau nak kasi warna sikit, boleh la letak)
tepung gandum (secukupnya)

Bahan Untuk Sos:
20 biji air limau kasturi
1cm halia (potong memanjang/julienne) 
3 ulas bawang putih (dadu)
1 labu bawang besar (julienne)
2 biji cili merah (julienne)
1 biji mangga (julienne)
*tepung jagung (agen pemekat)
garam dan gula secukup rasa

CARA -CARA:
1) Selepas ikan dibersihkan, sapukan dengan garam, kunyit dan tepung gamdum sehingga menutupi ikan tersebut.

2) Goreng sehingga warna keemasan / kekuningan)


SOS: 
1) Satukan semua bahan kecuali buah mangga sehingga mendidih.
2) Masukkan sedikit tepung jagung nak kasi kuah die pekat sikit.Lepas tu masukkan garam dan gula.
3) Akhir sekali masukkan buah mangga. Jangan sampai "over cooked". 


4) Da tu, tuang ke atas ikan yang dah digoreng tadi.  


SEDAPPP NYEEE.... 






No comments:

Post a Comment