Saturday, 3 August 2013

KeK KelASi MaBuK...

Pejam celik - pejam celik da tinggal beberapa hari lagi nak puasa. xlame lagi da RAYA... yeah!!! ni nak kasi share fasal resepi kek kelasi mabuk. kawan2 da bising nakkan resepi. sorry ye, bz sikit. hehehe...
resepi ni dari mane ntah kakak aku ambik. huhuhu... mohon ampun tuan empunya resepi... kuikuikui...

kek ni xadela sampai memabukkan. name je MENGANCAM... :p


Bahan-bahan : 


• 450g mentega berkualiti tinggi 
• 200 gm horlicks 
• 14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan) 
• 1 gelas gula (150g) 
 • 1-1/2 gelas tepung gandum (150g) 
• 2 sudu teh esen vanilla 
• 1 botol pandan paste 

Caranya Adunan Hijau: 
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masuk butter, pukul hingga putih. 
3. Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste. 
4. Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau. 
5. Bahagikan kepada dua bahagian. 

Adunan Putih: 
• 8 biji putih telur 
• 10 sudu besar gula halus 
• 4 sudu teh tepung gandum 
• 6 biji limau kasturi

Cara: 
1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah). 
2. Masukkan tepung. 
3. Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata. 


Cara Mengukusnya: 
1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam. 
2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam. 
3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit. 
4. Guna acuan 9x9inci. Note: Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik


Alhamdulillah... siap! :)) selamat mencuba... 

No comments:

Post a Comment