Friday, 21 November 2014

KeK KuKuS (buah-buahan)

Lamanya dah tak update blog... haii uols... hehehe.
Meh datang dekat, nak kongsi resepi kek BUAH KUKUS nih.
Banyak kali dah buat kek nih, siap jual lagi. Alhamdulillah...


SUMBER: Kompilasi Hidangan Kek

Bahan-Bahan:
540gm tepung gandum
500gm buah - buahan campuran
320gm marjerin
280gm gula kastor
160gm gula pasir
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh soda bicarbonat
5 biji telur gred A

Cara-Cara:

  • Griskan acuan (saya guna acuan segi 4) berukuran 10 inci atau 9 inci. Lapik dengan ketas serap minyak. Sediakan pengukus dan isikan air 3/4 penuh. Jerangkan hingga mendidih.
  • Tepung gandum diayak bersama serbuk penaik dan soda bicarbonat, satukan dengan buah - buahan campuran. Gaulkan sebati dengan tepung dan perapkan selama 30 minit. 
  • Pukul marjerin dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur sebiji - sebiji sambil dipukul hingga sebati.
  • Pindahkan adunan ini ke dalam mangkuk besar. Masukkan bahan perap tadi sedikit - sedikit sambil digaul rata. Ketepikan. 
  • Masukkan gula pasir dalam periuk dan panaskan atas api sederhana. Kacau dengan senduk kayu hingga cair dan perang.
  • Dengan cepat, tuangkan air gula ini ke dalam adunan kek tadi. Gaul rata hingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan. Tutup dengan kertas aluminium. Kemudian kukus selama 2 jam.   

tadaaaa.... da siap! cantik tak kek buah kite? hehehe. 

TIPS: AMARAN KERAS!!!
1) Marjerin dan gula kastor jangan dipukul terlalu kembang kerana ia akan menjadi ringan dan buah akan mendap ke bawah.
2) Air kukusan hendaklah betul-betul mendidih baru dimasukkan kek.
3) Alas penutup kukus dengan tuala atau kain nipis (tapi aku guna kertas aluminium) agar air tak menitik atas kek. 



Monday, 18 August 2014

KeK PuDiNg KaRaMeL

Bismillahirahmanirahim...
     Sekarang dah pun masuk Syawal yang ke 22, mungkin kek raya korang ada yang dah habis, kalau yang tak habis lagi tu, moh le kite bersedekah, baru la boleh buat kek baru. hehehe... OK! Tengah semangat nih, nak kongsi resepi kek puding karamel. hehehe... baru 2 hari, dah LICIN. Memang tu pun motif utama bila kek da siap, mesti habiskan.

     Sebelum tu, jamu mata dulu, baru terasa nak buat. huhuhu...



Bahan: Untuk Karamel
2 sudu besar gula

Cara: 
1) masukkan gula dalam loyang saiz 8 inci, panaskan atas dapur, sampai gula cair dan keperang - perangan.

Bahan: Untuk Puding
400ml fresh milk @ 1 tin susu cair
3 biji kuning telur (putih telur asingkan untuk buat maringue)
2 biji telur
140gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila

Cara:
1) Kacau telur perlahan2, nak elak daripada berbuih.
2) Masukkan gula dan esen vanila, kacau perlahan2 sehingga gula tak kelihatan.
3) Tapiskan masuk ke dalam loyang yang ada karamel tadi tuh, masa korang tuang tu akan ada bunyi kaca pecah, jangan risau, itu perkara biasa.
4) Lepas tu, biarkan dahulu. JANGAN DIMASAKKAN DAHULU... 

Bahan: Untuk Kek
adunan 1: meringue
6 biji putih telur
70gm gula kastor
1 sudu kecil cream of tartar

Cara:
1) Pukul putih telur sehingga kembang.
2) Masukkan gula dan krim tartar, pukul lagi sehingga maringue tidak jatuh bila diterbalikkan.
  *mixer tidak perlu dibasuh.

Bahan: Untuk Kek
adunan 2
3 biji kuning telur
130ml air
50ml minyak masak
70gm gula kastor
140gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Cara:
1) Satukan telur, air dan minyak. Pukul sehingga putih dan gebu.
2) Masukkan gula pukul sehingga kembang.
3) Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit, gaul sehingga sebati.
4) Masukkan setengah adunan maringue tadi, gaul cara kaup balik.
5) Bahagikan beberapa bahagian, ikut korang nak berapa banyak warna korang nak letak.
6) Ambil loyang yang ada adunan puding tadi, masukkan adunan kek, ikut kreativiti korang, nak buat banyak lapis ke, kan? hehehe
7) Lepas habis semua adunan, kukus 30 - 45 minit.



inilah hasilnya... Alhamdulillah... 

Selamat Mencuba... 



Thursday, 10 July 2014

KeK MarBle SuPeR LemBuT

Semperna Ramadan ke 13, aku nak kongsi resepi kek marble yang lembut, ya ampunnn memang lembut. resepi ni hasil godek2 blog Azie Kitchen, terima kasih ye kak.

kek ni buat masa tahlil arwah abah, nak beli kek, tapi baik buat sendirikan? (perasan rajin) hehehe.


Bahan-bahan: (acuan 8x8)
227gm mentega
3 s/b susu pekat
1 s/k esen vanila
170gm tepung
1 s/k baking powder
170gm gula kastor
5 biji telur (asingkan putih dan kuning)
1 s/b ovalette
coklat emulco

Cara-cara:
1) Pukul mentega + susu pekat + esen vanila sehingga kembang.
2) Ayak tepung + baking powder, ketepikan.
3) Dalam bekas lain, pukul putih telur dan masukkan sedikit demi sedikit gula kastor sehingga menjadi meringue, bila ditelungkup, adunan xjatuh.
4) Masukkan kuning telur kat dalam adunan putih telur, pukul sehingga rata dan masukkan ovalette dan adunan mentega tadi.
5) Masukkan tepung, guna kaedah kaup balik sehingga tepung habis.
6) Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian masukkan coklat emulco.
7) Sapu acuan dengan mentega, tuang adunan ikut suka.
8) Bakar 170c 50 minit, tapi aku kukus. (pon boleh.) 
 
tadaaa... selamat mencuba.

BiSkUt MaKmuR

Assalamualaikum...
nih nak kasi resepi biskut makmur, sumber dari Citarasawan... huhuhu

Bahan - bahan:
200gm minyak sapi
400gm tepung gandum
20gm gula
1/8tsp garam
1tsp baking powder

cara-cara:
satukan semua bahan, kalau masih kering, tambahkan sikit minyak sapi, kalau terlampau basah, tambahkan tepung.

Inti:
100gm kacang goreng (ditumbok kasar)
150gm gula pasir
1tbsp mentega cair

cara-cara:
gaulkan semua.

CARA-CARA:
1) Ambil sikit adunan, bulatkan sikit, dah tu tekan bahagian tengah die, letak inti, bulatkan lagi sekali...
2) Bila dah siap, bakar sehingga masak lebih kurang 30 minit.
3) Lepas masak, salutkan biskut tu dengan gula halus... halussss sehalus kulit bayi. huhuhu... gurau.

Ha! Tu je cara nye... mudahkan?? selamat memvariasikan juadah raya anda. :))

Sunday, 6 July 2014

TaRt NaNaS Part II

Assalamualaikum....
pejam celik pejam celik dah Ramadan ke 9, syukur dipermudahkan.
ni nak kongsi sikit, resepi Memikat Suami.. ops!!! hahaha. terikut-ikut pulak dengan rancangan dekat Astro. huhuhu. (suami pun dak lagi)

Resepi nih mudah je, lagi adunan die memang senang nak bentuk.

Bahan - Bahan:
250gm mentega
50gm gula kastor
2 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanila
200gm tepung gandum
150gm tepung jagung
(jem nanas jangan lupa pulak, kang xjadi tart nanas)

Cara-Cara
1) Satukan mentega, gula, kuning telur dan esen vanila. Pukul sehingga kembang.

2) Ayak tepung gandum+tepung jagung, gaul di dalam adunan mentega tu tadi.

3) Lepas jadi doh, bagi die rehat sat lebih kurang 15 ke 30 minit.
4) Sementara menunggu tuh, bentukkan jem, supaya kerja lebih cepat.

5) Lepas tu gunakan alat untuk bentukkan doh tu, sampai jadi macam nih...

6) Lepas tu bakar 15minit dulu, tengok bawah die dah kuning/coklat ke belum. 
keluarkan, sapu kuning telur bahagian atas, bakar sehingga masak.

ni bila dah sejuk, simpan dalam balang. nih untuk jual. 
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.

Monday, 17 February 2014

BINGKA LABU

pagi - pagi hujan turun, hujan rahmat kot, amin... kalau pagi2 memang layan la kalau sarapan dengan kuih bingka, lagi2 bingka labu. fuuuuhhh.... resepi nih asalnye dari emak, turun ke maid, dah tu maid turunkan ilmu dia ke aku. kuikuikui. hehehe... bahan die ade 5 je. memang cukup mudah.sukatan untuk bahan, aku guna 1 mangkuk untuk semua bahan, maknanya semua bahan kena sukat guna 1 bekas sahaja, supaya sukatan xlari.



BAHAN:
labu 1 biji (lebih kurang 1kg sebelum direbus)
gula 1/2 mangkuk
tepung gandum 1 mangkuk
telur 5 biji
santan pekat 1 mangkuk (santan fresh)

CARA:
1) rebuskan labu sehingga empuk, lenyekkan.
2) masukkan gula. gaul sebati.
3) masukkan tepung, gaul lagi.
4) masukkan telur.
5) masukkan santan, dah tu, kisar sehingga adunan sebati dan nampak halus.

SENANG JE KAN? MUAHAHAHA!!!

korang boleh masak bingka ni guna oven ataupun guna atas dapur gas. aku guna periuk "ajaib", 30minit je da masak. hehehe. 


ini la hasilnye~ yippii..

apa macam? comel tak kak Ton? haa~

selamat mencuba. :D


Monday, 27 January 2014

KUiH TaLaM KaCaNg MeRaH



Assalamualaikum....lamanya dah tak berblogging... huhuhu... Al-maklum la, busy memanjang. Baiklah, di pendekkan cerita, hari ni nak kongsi resepi kuih Talam Kacang Merah. Lame da nak buat, tapi xde mase. (buat2 xde mase) hahaha.

BAHAN UNTUK LAPISAN BAWAH (kacang)
1 tin kacang merah *kalau xde kacang dalam tin, rebus je 425gm kacang merah biasa, dah tu kisar sampai halus. Ala2 puree gitu.
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi / jagung / kanji
3 cawan santan cair, tambah sedikit garam
pewarna

CARA:
1) Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2) Satukan semua bahan kecuali kacang merah. Tapiskan.
3) Masukkan kacang merah yang sudah dikisar, kacau rata.
4) Kukus selama 30 minit.

BAHAN UNTUK LAPISAN ATAS
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat, tambah sedikit garam

CARA:
1) Satukan semua bahan, tapiskan dan masak di atas api.
2) Cakar bahagian atas kacang merah yang dikukus tadi, guna garfu.
3) Tuangkan adunan santan ke atas kacang merah. 
4) Kukus selama 25minit lagi.

*tunggu sejuk baru potong. kalau tidakkkk...... tak jadi masalah. hahahaha.
onomnomnom...

selamat mencuba...