Saturday, 28 December 2013

Muffin Pisang Super Lembut

Al-kisah....
pisang banyak dekat rumah, nak makan macam tu je memang dah tak larat. Jadi ape lagi, JOM BUAT MUFFIN PISANG!!! sebenarnya resepi untuk aku buat muffin, untuk KEK. tapi aku dah menderhaka resepi KAK ITA... ampun beribu - ribu ampun ye kak.. hehehe.



RESEPI: (satu adunan dapat 20 cawan kalau guna saiz sederhana)
250gm pisang berangan
1 s.t. jus lemon
150gm marjerin
150gm gula kastor
1s.t. esen vanilla
3biji telur
200gm tepung gandum
2 s.t. serbuk penaik
1/2 s.t. serbuk soda
2 sudu besar susu tepung

CARA:
1) Panaskan oven suhu 180 darjah celcius.(ikut oven masing2)
2) pisang dilecek dan campurkan dengan jus lemon. ketepikan.
3) tepung gandum diayak bersama serbuk soda, serbuk penaik dan susu tepung. ketepikan.
4) putarkan marjerin dan gula kastor sehingga berkrim dan kembang. masukkan esen vanilla.
5) masukkan telur satu per satu dan putar sehingga rata.
6) masukkan pisang dan tepung ke dalam adunan, kacau sehingga rata.
7) masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas.
8) bakar selama 45 minit. (ikut oven masing2) 

SELAMAT MENCUBA!!!


onomnomnom.... 

wanginye~

Saturday, 26 October 2013

PuLuT ManGGa

nyum nyum nyum.... pulut mangga... sape xpernah dengar or makan? JOM CUBA! ni la dessert orang Thai. Nih kira percubaan pertama la jugak. hahaha 

 Bahan - bahan:
500gm beras pulut
300ml santan pekat
1 sudu makan gula
1 biji mangga masak (potong ikut suka)
250ml santan pekat (dicampurkan sedikit garam)
secubit garam

Cara - cara:
1) Rendam beras pulut selama 6 jam. toskan.
2) Kukus beras pulut, kemudian tuang separuh daripada campuran santan, garam dan gula. kacau pulut rata dan biarkan separuh masak.
3) Tuang separuh lagi bancuhan santan ke atas pulut dan kukus lagi hingga masak.
4) Sendukkan pulut kukus ke dalam pinggan dan hidangkan bersama santan dan juga hirisan mangga.



 inila hasilnyeee~

apa lagi tunggu???!! MAKAN!!

Thursday, 26 September 2013

AiSkRim PiSaNg... Banana Ice-cream

Kasi layan sat aiskrim pisang nih. bahan cume 1, pisang. kenape? xpercaye ke? percayalah bak kata Dato Siti Nurhaliza. hehehe.pisang macam - macam jenis ade, terpulang la nak guna pisang ape pon. kalau xsilap aku, aku guna pisang embun.

mula2, pisang tu korang letak dalam freezer,( peti sejuk beku) 1 malam.
dahtu, kisar sampai hancur. ala - ala ice blended gitu. jadi la aiskrim pisang. huhuhu.
lepas kisar, simpan dalam freezer nak kasi die keras sikit, kalau tak ni lah jadinye. xmenyempat! hahaha

sumber: dari Masterclass: Masterchef Australia 2012 :)



AiSkRiM GorEnG (senang gile)


tengah panas - panas macam nih memang layan la kalau makan benda2 yang sejuk. kan? jadi aku buat la aiskrim goreng. SENANG, MUDAH, XBANYAK BAHAN.
semalam aku buat 4 bijik je, memang xpuas. kalau aku tau, aku buat banyak2. huhuhu

bahan - bahan:
1) roti bantal
2) aiskrim (perisa ikut korang suka)
3) minyak masak untuk mengoreng

cara - cara:
1) ambik acuan untuk buat karipap, kalau xda xpe.*kalau korang xtau rupa die, tnye aji google. hehe
2) tekan roti sampai leper, letak dekat acuan karipap tu tadi, tengah die letak aiskrim. 
3) dah tu, tekan sampai sisi roti tak terbuka. simpan dalam peti sejuk beku sampai aiskrim tu keras.
4) bila dah keras, kita goreng sampai warna bertukar kekuningan. 
 

 memang keluar air liur tengok nih.
pergh! selamat mencuba!!!

Sunday, 8 September 2013

Kuih AnG Koo aka KuRa-KuRa...

Ape yang korang tau pasal kuih ni? yang aku tau, kuih ni sedap. hahahaha... LOL
Selalunya aku cari inti die kacang hijau, kebanyakkannya die orang jual inti kacang dhal. Apa boleh buat...
Jadi aku ambik inisiatif aku buat sendiri. 

SUMBER: aku lupe pulak tuan empunya resepi... huhuhu... ampun beribu2 ampun..

                                     

Bahan (inti kacang hijau) 
250gm kacang hijau yang xde kulit punye. (rendam semalaman/xnk rendam pon boleh)
70ml air
4 helai daun pandan
1 cawan gula

Cara:
1) Rebus kacang sehingga betul2 lembut.
2) Kisar kacang sehingga penjadi pes.
3) Satukan gula, daun pandan dan air. Panaskan sehingga gula larut.
4) Masukkan pes kacang hijau dan gaul sehingga air meresap masuk dah inti boleh dibentuk macam di bawah. 


Bahan (untuk kulit)
200gm keledek (rebuskan)
300gm tepung pulut
1/2 sudu makan tepung ubi
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan gula pasir
160ml air
2 helai daun pandan
daun pisang
minyak (untuk sapuan atas kuih lepas di kukus)

Cara:
1) kasi lenyek itu keledek sampai dah xade ketul2.
2) bekas yang lain, masukkan gula, minyak, air dan daun pandan sehingga gula larut. sejukkan sehingga suam.
3) satukan tepung pulut, tepung ubi dan keledek. gaul sebati.
4) masukkan air sikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
5) letak pewarna, terpulang korang nak warna ape pon. warna warni pon boleh. haha
6) leperkan doh, letak inti dan bulatkan. tekan dekat acuan. *sebelum tu sapu minyak dekat acuan.
7) lepas tu letak atas daun pisang. 
8) kukus dalam 10 minit or sampai masak. lepas masak, sapu sedikit minyak supaya nampak basah.

*TOLONG JANGAN GUNA KERTAS MINYAK SEBAGAI PENGANTI DAUN PISANG. AMARAN KERAS. hahaha. kalau nak jugak guna, korang tau la ape jadi. sebab hari tu aku buat guna kertas minyak. menyesal tahap gaban!


ni yang dah siap... huhuhu. sedap gileeeee.... 

Friday, 6 September 2013

KeRaBu RuMpAi LauT..!!!

Assalamualaikum... kalau sebut pasal rumpai laut, mesti semua tau yang rumpai laut banyak khasiat. kan? kan? kan? tak gitu? hahaha. maklumat ni aku dapat daripada Uncle Google... hehehe.

Antara khasiat dan fakta menarik berkenaan rumpai laut yang perlu anda tahu
1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre(kelenjar thyroid membengkak).
2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
3. Kenapa sifat alkaline dalam rumpai laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, rumpai laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
6. Beberapa jenis rumpai laut bertindak sebagai ejen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
7. Ekstrak rumpai laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
8. Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
9. Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.
10. Rumpai laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas hidrogen sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit.

korang da taukan kan kan??? sekarang ni aku nk kongsi resepi yang maid aku buat. kerabu rumpai laut... agagagaga... :P

BAHAN:
Bawang merah - 4 biji (potong ikut suka)
bawang putih - 3 ulas (potongan ikut hati dan perasaan) hahaha
cili merah - potong memanjang
limau kasturi - 25 biji (terpulang ikut kemasaman yang korang suka)
kacang tanah - 2  sudu makan (blend jgn sampai halus)
rumpai laut - 100gm (rendam semalaman)
garam + ajinamoto+gula = jangan lupe ye...

CARA:
1) satukan semua bahan-bahan, da siapppp... sekejap je kan? kah kah kah...
kalau nak lagi sedap, simpan dalam peti sejuk dulu.

selamat mencuba, merasa, membuat dan segala "me"... :P


Wednesday, 28 August 2013

IkAn TiLaPiA GoReNg MaNggA... YummY...

Assalamualaikum... lame da tak mencoteng dekat blog ni ha. berhabuk da. fuh fuh... huhuhu...
Pada malam yang cukup indah ni cewah, aku nak kongsi menu yang famili aku makan malam ni. 
CUKUP SPESIAL... 
Ikan Tilapia Goreng Mangga. ikan ni boleh jugak kalau nak guna ikan lain. *contohnya ikan kerapu.

MEMANG SEDAP!!! (tengok tu, semua huruf beso) setaraf dengan hotel tau. hahaha. 


BAHAN - BAHAN:
1 ekor ikan talapia merah (terpulang nak guna ikan apa)
garam secukupnya
serbuk kunyit (kalau nak kasi warna sikit, boleh la letak)
tepung gandum (secukupnya)

Bahan Untuk Sos:
20 biji air limau kasturi
1cm halia (potong memanjang/julienne) 
3 ulas bawang putih (dadu)
1 labu bawang besar (julienne)
2 biji cili merah (julienne)
1 biji mangga (julienne)
*tepung jagung (agen pemekat)
garam dan gula secukup rasa

CARA -CARA:
1) Selepas ikan dibersihkan, sapukan dengan garam, kunyit dan tepung gamdum sehingga menutupi ikan tersebut.

2) Goreng sehingga warna keemasan / kekuningan)


SOS: 
1) Satukan semua bahan kecuali buah mangga sehingga mendidih.
2) Masukkan sedikit tepung jagung nak kasi kuah die pekat sikit.Lepas tu masukkan garam dan gula.
3) Akhir sekali masukkan buah mangga. Jangan sampai "over cooked". 


4) Da tu, tuang ke atas ikan yang dah digoreng tadi.  


SEDAPPP NYEEE.... 






Monday, 5 August 2013

Kek BroWnIeS KUkUs KeJu

Assalamualaikum... sorry lambat nak update blog.. bz sikit. hehehe... ni resepi kek brownies kukus keju. sumber : majalah Alaf 21. gempak gile resepi die. semua best -  best.

Bahan Kek:
200gm gula kastor
130gm tepung gandum
50gm serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
170gm minyak masak
120gm coklat masakan (dicairkan)
50gm susu krimer manis
10gm ovalette
5 biji telur gred A
1/2 sudu teh coklat emulco
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan Keju:

500gm krim keju
130gm gula kastor
4 biji telur gred A

Cara - cara:
1) sediakan pengukus dan isikan air 1/4 penuh. jerangkan hingga mendidih. Griskan acuan 4 segi berukuran 8 x 8 inci. Lapik dengan kertas serap minyak.

2) Masak coklat masakan secara double boiler. Apabila cair, masukkan minyak masak dan digaul sebati. sejukkan.

3) Satukan telur, gula, dan ovalette dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu selama 10 minit.

4) Masukkan tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik sedikit demi sedikit dikacau berselang seli dengan adunan coklat masakan tadi.

5) Kemudian masukkan masukkan susu krimer manis, emulco coklat dan esen vanila. gaul hingga sebati.

6) Tuang adunan ke dalam acuan. Kukus selama 20 minit hingga masak.

Kek Keju:
1) Pukul krim keju dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.

2) Tuang adunan krim keju atas kek coklat yang sudah masak tadi. tutup acuan kek dengan kertas aluminium atas kain nipis supaya air wap tidak menitik. Kukus semula selama 30 minit. Gunakan api besar.

YEAH!!! DA SIAP! ready nak hidangkan untuk raye!!!

Saturday, 3 August 2013

KeK KelASi MaBuK...

Pejam celik - pejam celik da tinggal beberapa hari lagi nak puasa. xlame lagi da RAYA... yeah!!! ni nak kasi share fasal resepi kek kelasi mabuk. kawan2 da bising nakkan resepi. sorry ye, bz sikit. hehehe...
resepi ni dari mane ntah kakak aku ambik. huhuhu... mohon ampun tuan empunya resepi... kuikuikui...

kek ni xadela sampai memabukkan. name je MENGANCAM... :p


Bahan-bahan : 


• 450g mentega berkualiti tinggi 
• 200 gm horlicks 
• 14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan) 
• 1 gelas gula (150g) 
 • 1-1/2 gelas tepung gandum (150g) 
• 2 sudu teh esen vanilla 
• 1 botol pandan paste 

Caranya Adunan Hijau: 
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masuk butter, pukul hingga putih. 
3. Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste. 
4. Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau. 
5. Bahagikan kepada dua bahagian. 

Adunan Putih: 
• 8 biji putih telur 
• 10 sudu besar gula halus 
• 4 sudu teh tepung gandum 
• 6 biji limau kasturi

Cara: 
1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah). 
2. Masukkan tepung. 
3. Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata. 


Cara Mengukusnya: 
1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam. 
2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam. 
3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit. 
4. Guna acuan 9x9inci. Note: Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik


Alhamdulillah... siap! :)) selamat mencuba... 

Tuesday, 23 July 2013

KeK LuMuT KuKuS



Kehangatan sambutan raya semakin terasa... dapat rase tak ni? tak dapat sudah. haha. kalau raya mesti nak kena ade Kek Lumut. tahun ni banyak jugak dapat tempahan untuk kek ni. jadi, nak share la sikit. dapat jugak pahala kering. huhuhu.

Sumber : Dayang Jack
 
Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla


Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik

Wednesday, 17 July 2013

BisKuT Tat NaNaS BeRkEjU


Assalamualaikum... Alhamdulillah... dah masuk hari ke 8 berpuasa. ha! alang - alang jolok pekasam, meh pekena pekasam. eh, xdelah, gurau je. huhuhu... aku nk share sikit resepi biskut tat nanas berkeju. asal berkeju lak? sebab doh die ade dicampurkan dengan keju. tu pun x tau? LOL.

Bahan - bahan:
113 gram butter (hari tu aku letak lebih) *nak kasi doh tu lembut.
113 gram cream cheese (aku pakai tatura)
1 biji kuning telor
1 suduteh esen vanilla
20 gram gula
40 gram tepung jagung
50 gram tepung kastard
20 gram susu tepung
240 gram tepung gandum

1 biji kuning telor + beberapa titik pewarna kuning telor untuk sapuan.

Cara - cara:
1) Pukul butter, cream cheese, gula dan esen vanilla.
2) Masukkan tepung satu pesatu, mula tepung jagung, tepung kastard dan susu tepung. Gaul sebati. 
3) Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.
lepas tu masukkan dalam acuan tart gulung tekan keluar, letak jem dan
gulung.. bakar 350F selama 17-19 minute.

AWAS... jika adunan nie masih melekit dekat tangan kena masuk sikit
tepung rasanya tak banyak dalam 10 gram je. Jika adunan kering pula
kena masukkan butter tak banyak sikit je.

Tuesday, 16 July 2013

BiSkUt StRaWbErrY CoKlAt


Assalamualaikum!!! korang buat ape tu??? jangan curi - curi makan, bulan PUASA ni. huhuhu.
Kali ni aku nak kongsi resepi biskut strawberry coklat, ala - ala Dato K dengan Dato Siti... hahaha.

Bahan - bahan:
260 gm butter
120 gm gula icing
320 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
40 gm tepung ubi
1/2 sudu teh baking powder
40 gm serbuk badam
Sdkt vanilla essence
2 sudu teh strawberry emulco
sedikit pewarna pink/merah
1 biji kuning telur utk sapu atas biskut
Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan

Cara-Caranya

1) Pukul butter dan gula sehingga kembang.

2) Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam.
3) Gaul rata sehingga menjadi doh.

4) Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan. 

5) Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 degree selama 25 minit atau sehingga ia masak.
6) Biarkan biskut benar2 sejuk, barulah celup dngn coklat cair.
7) Celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.


Hias biskut ikut creativiti korang... ini dia...

Monday, 15 July 2013

GrEeN LaCe CoOkIeS


Pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk 7 Ramadhan... mesti ada yang mula fikir da buat ape, meh, cube resepi biskut... untung2 yang perempuan boleh la kasi NGAAPPP biskut tu, lelaki? tunggu berbuka ok? hahaha.. resepi ni aku ambik dari internet, tapi aku lupe link die.... huhuhu... ampun ye tuan empunye resepi... :D


BAHAN A

120 gm Mentega
20 gm Shortening
80 gm icing sugar
1 tsp pandan paste
warna hijau
1 kuning telor
BAHAN B
150 gm Tepong gandum
30 gm Tepong Jagong
30 gm biskut marries (kisar halus)
20 gm kacang hazel (kisar halus) ~ boleh d ganti dgn gajus.
BAHAN C
White Cooking coklat
manit warna

CARA:
Pukul Bahan A sampai kembang & gebu
Masukkan Bahan B di uli sehingga menjadi doh yang lembut


Canai 1.2 cm dan terap menggunakan acuan kegemaran
Bakar pada suhu 160 selama 25 minit atau sehingga masak


kemudian drizzle denga n cooking coklat dan tabur manit d atasnya.

ALHAMDULILLAH... siap pon... 
selamat mencuba!